Alkisah Soviet Union...


Soviet Union? 

Tentunya ramai di luar sana yang pernah dengar tentang Soviet Union. Untuk pengetahuan semua, Kesatuan Soviet atau Soviet Union merupakan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Kesatuan ini terdiri daripada 15 buah republik antaranya Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Republik Sosialis Soviet Ukraine.   

Kesatuan ini juga merupakan sebuah negara yang amat luas dan bersempadan dengan 12 buah negara iaitu 6 dari benua Eropah dan 6 lagi dari benua Asia. Walaupun negara ini terletak di bahagian utara benua Asian namun dianggap terletak di benua Eropah. Rusia merupakan wilayah terbesar kesatuan ini. Terdapat 22 bangsa dalam kesatuan ini. Antara bangsa yang terkenal ialah bangsa Slav, Baltik, dan Caucasus.

Sejarah Soviet Union

Kesatuan ini telah ditubuhkan pada Disember 1922 melalui penyatuan beberapa buah negara bekas jajahan Rusia. Pada tahun 1917, satu revolusi dilakukan rakyat Petrograd untuk menentang rejim Tsar yang zalim dan revolusi ini dikenali sebagai  Revolusi Februari. Revolusi ini telah menyebabkan  Tsar Nicholas II turun takhta. Ini menunjukkan berakhirnya pemerintahan Dinasti Romanov ke atas Rusia.

Seterusnya, tampuk pemerintahan telah diambil oleh perwakilan pilihan rakyat Duma iaitu Alexander Kerensky dan sebuah kerajaan sementara dibentuk. Selepas itu, Bolshevik (Golongan Komunis) yang dipimpin oleh Vladimir Lenin telah melancarkan perang untuk menjatuhkan Alexander Kerensky. Bolshevik telah memenangi peperangan tersebut dan mengambil alih tampuk pemerintahan Rusia. 

Pada tahun 1922, Bolshevik telah menubuhkan Kesatuan Soviet melalui penyatuan beberapa buah negara di bawah jajahan Rusia. Melalui penubuhan kerajaan yang baru ini, parti politik telah diharamkan. Kuasa pentadbiran pula terletak di tangan kerajaan pusat. Kesemua hal ehwal dalam negara iaitu politik, sosial, budaya, dan ekonomi dikawal oleh kerajaan pusat. Vladimir Lenin seterusnya telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama kerajaan ini. 

Negara-Negara Kesatuan Soviet
Kejatuhan Soviet Union

Pada tahun 1987, pembaharuan mikroekonomi telah dilancarkan dan dikenali dengan nama Perestroika. Pembaharuan ini telah dilancarkan oleh setiausaha agung negara Soviet iaitu Mikhail Gorbachev. Beliau juga telah melancarkan Glasnost iaitu dasar publisiti, keterbukaan, dan ketelusan maksima dalam segala aktiviti kerjaan. Tindakan Gorbachev ini bagi memulihkan kemelut dalam sistem sosialis Soviet yang telah menjadi semakin teruk. 

Kesan daripada program yang dilancarkan ini, Parti Komunis semakin hilang cengkamannya terhadap media massa. Masalah yang dihadapi Soviet didedahkan oleh media massa seperti kekurangan makanan, pencemaran berleluasa dan sebagainya. Lama kelamaan kepercayaan rakyat terhadap sistem Soviet semakin terhakis. Perkara ini telah mencetuskan kemelut politik dan huru-hara di peringkat nasional. 

Pada tahun 1990, kerajaan seolah-olah sudah hilang kawalan terhadap keadaan ekonomi. Perubahan ekonomi Gorbachev juga tidak membawa apa-apa kesan untuk menghidupkan semula ekonomi negara yang lembab. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar Perestroika yang diperkenalkan gagal membawa pemulihan ekonomi. Glanost pula hanya melonggarkan kawalan kerajaan terhadap rakyat. 

Pada 8 Disember 1991, Belavezha Accords telah ditandatangani oleh Rusia, Belarus, dan Ukraine. Melalui perjanjian ini, kesatuan Soviet telah dibubarkan dan Komanwel Negara-Negara Merdeka untuk menggantikannya. Gorbachev telah meletak jawatan pada 25 Disember 1991 dan jawatan beliau diberikan kepada Boris Yeltsin. Supreme Soviet, badan legislatif kerajaan Soviet telah dibubarkan. 


Kremlin - Bangunan Bersejarah di Moscow, Rusia
Pada masa kini, republik-republik Soviet telah membentuk sebuah negara sendiri dan mempunyai kerajaan sendiri. Namun begitu, Rusia masih lagi menjadi sebuah kuasa besar di dunia selain Amerika Syarikat. 

Sekian saja,

====================

BS Komrad
Writer of beruangsemenanjung.blogspot.com





1 comments:

 

Blog Archive

Territory

Territory

Visitor